5 Info tanda hendak bersalin

Ibu ibu yang hendak bersalin mesti suspend dan curious nak tahu apa yang perlu diperhatikan dan bila masanya untuk ke hospital. Sini saya kongsikan hasil pembacaan dari majalah Pa&Ma.

1. Bayi turun ke bawah

Perut jadi ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi mula turun ke dalam rangka tulang pelvis.

2. Keluar lendir pekat  @ berdarah

Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabi;a pintu rahim mula buka.

3. Sakit belakang

Bayi beralih dan mula menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit itu atasinya dengan banyakkan berjalan.

4. Kontraksi rahim

Jika kontraksi sudah ada, perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak di antaranya. Kontraksi pada peringkat awal bermula dengan jarak yang lebih lama setiap 20 minit dan akan menjadi semakin kerap. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten iaitu setiap 5 minit. 

5. Pecah air ketuban

Air ketuban biasanya keluar dengan banyak dari faraj. Warnya air ketuban jernih dan tanpa bau. Jika air ketuban dah pecah, segera ke hospital dan maklumkan petugas hospital dan doktor.
Banyak lagi sharing tentang info mengandung di sini. Selamat membaca!
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor
ID 846056
Jika rasa artikel ini berguna, kongsikan. Sharing is Caring 🙂