4th day – Cruise Libra antara faedah bila serius berniaga Shaklee

Kami tinggalkan Phuket yang indah dan pulang ke Malaysia.

Stesen seterusnya Pulau Pinang. Bila cruise berlabuh, semua orang wajib turun dan jalan-jalanlah sendiri.

Waktu naik dia bagitau. Cuma trip Shaklee ja, sediakan bas dan dibawa jalan-jalan percuma di Pulau Pinang ni.

Rombongan Shaklee dibawa naik ke The Top di Komtar. Boleh jalan atas viewing deck yang berlantaikan kaca. Gayat ? Tak kot. Sebab kawan yang gayat pun macam steady ja. So wajiblah cuba.

The Top, Komtar

Then bas stop berdekatan Chow Rosta untuk acara shopping !

Dalam masa geng Shaklee beraktiviti di Penang ni, saya sebenarnya tak join. Saya ambil grab dan balik rumah mak. Haha !!

 

Makan nasi di rumah mak. Bila dah petang, balik la ke jeti Swettenherm tu. Punyalah doa tak
jem. Jambatan Pulau Pinang tu bukan boleh nak budget2.

Sekali jem, mau 2-3 jam boleh sangkut. Mujur Allah mudahkan dan tiba tepat pada masanya.

Vitamin haruslah la dibawa holiday bersama supaya kekal cergas

Malam ni malam akhir dan aktiviti bebas. Lepas dinner saya pun ambil kesempatan untuk tengok show.

Oh ya, atas cruise memang ada banyak show tau. So bolehlah masuk mana yang suka ikut jadual yang disediakan.

Discussion iReach sisters sebelum turun kapal

Selain tu ada kedai2 untuk shopping juga.

Masa untuk pulang !

Cruise teruskan perjalanan ke Boustead Port, Pelabuhan Klang untuk check point terakhir. Kami sampai dalam pukul 7.30 pagi dan boleh terus balik!

Point penting:

Wifi:
Boleh langgan wifi atas cruise tu tapi bila sampai Phuket tak adalah wifinya.

Wifi rate untuk dilanggan onboard. Kalau nak flat rate rm1++ boleh beli online sebelum berlepas.

Line Phone:
Line phone ada bila cruise menghampiri darat. Kalau darat tak nampak tu, line phone pun tak ada.

Dobi:
Dobi pun ada dan tak mahal sangat dan siap boleh hantar untuk iron / pressing.

Kad access:
Kad pintu tu kena usung ke mana sahaja dan jangan bagi hilang. No cash onboard tapi bayar guna card tu. Sebelum turun, boleh settle segala payment.

Kiblat:
Kiblat berubah-ubah jadi mobile apps “Muslim Pro” atau compass sangat membantu untuk tahu arah kiblat tapi kena ada wifi/internet untuk guna apps tu pun.

 

Alhamdulillah atas peluang dan faedah. Banyak dah yang saya dapat sepanjang berniaga Shaklee ni. Us pun pernah sampai. So pada kaki travel yang perlukan supplemen kecergasan dan nak peluang percutian percuma, boleh sign up dan mulakan perniagaan Shaklee anda sekarang !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge