4 Tip Mudah Ajar Anak Berpuasa dengan Berjaya

Nazhan dapat puasa 27 hari tahun lepas masa darjah 2. Masa darjah 1, puasa separuh hari ja. Ke sekolah ja tak makan, sebelum p dah makan siap2. Tahun ni, insyaAllah akan latih Iris pula di usia 6 tahun.
Mungkin anak orang lain berpuasa jauh lebih muda lagi. Sebelum nak mula puasa, kami usaha dulu nak bagi faham konsep puasa, menahan diri dari lapar dan dahaga, nak mengingati orang yang miskin dan susah, waktu berbuka & sahur dan ganjaran pahala selain bonus dari abah. 
Sebab lambat nak faham tu yang lambat juga anak anak kami mula berpuasa. Bila tahu sebab kena berpuasa dan ganjaran yang bakal dapat barulah anak2 lebih terbuka dan dapat terima ibadah puasa dengan hati yang lapang.
4 TIP Yang Kami Amalkan Untuk Mudahkan Puasa Anak2.

cara-ajar-anak-puasa
Idea untuk bagi anak lebih gembira ketika berpuasa

1. SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN dan BERSAMA-SAMA

Sediakan makanan kegemaran, ringkas dan beri tenaga secukupnya semasa sahur. Contohnya nasi dengan ayam, telur, ikan goreng ja. Anak-anak saya tak gemar lauk berkuah semasa bersahur. 

Roti sapu coklat juga boleh kalau masa tak cukup. Paling membantu adalah susu. Susu juga saya tambah dengan Meal Shaklee yang ada serat dan protin untuk beri rasa kenyang dan multivitamin yang menyihatkan.

Waktu berbuka kali ni, bolehlah minta tolong Iris bantu. Mesti dia lebih excited nak berbuka lauk yang ada touch dari dia sendiri.

Sediakan juadah berbuka bersama

2. CERITA PASAL TUJUAN PUASA DAN ISTIMEWANYA RAMADHAN

Selalu anak mesti tanya kenapa tu kenapa ni? Jangan marah sebab kita sendiri pun tak suka disuruh tanpa tau tujuan. Bila tau kenapa, kita lebih hargainya.

Jadi saya ceritalah tujuan berpuasa adalah untuk merasa bagaimana orang susah di negara lain yang sukar mendapat makanan dan betapa kita kena bersyukur ada makan banyak dan tidak boleh membazir.

Jadi kenalah juga tunjuk teladan terutama masa berbuka. Jangan mewah sangat, cukupkan setakat macam mana biasa kita makan dan extra kuih sahaja.

Bercerita tenang bulan puasa pada anak-anak bagi diorang excited !

3. CERITAKAN PASAL GANJARAN dan FAEDAH BERPUASA

Kami kongsi juga masa berpuasa ni Allah nak suruh mulut dan anggota kita rehat. Kalau dah penat, rehat. Jangan cari gaduh. Jadi kuranglah sikit percakaran macam anjing kucing sebab penat itupun kalau hari panas dan kurang minum air pada malam.
Kalau semua cukup, ketahuilah anak-anak kita insyaAllah lebih cergas dan segar dari kita walaupun baru kenal puasa. Nak flat pun hujung2 waktu berbuka tu ja. Jadi malam hari, jangan lupa pesan untuk minum air kosong atau Performance Drink banyak-banyak supaya tak dahaga sangat semasa berpuasa.

Apa ganjaran yang anak akan dapat jika dapat berpuasa dengan baik? Mestilah PAHALA dan Syurga untuk mereka jadi mereka kenalah tahu pasal ni juga. Kami juga bagi upah duit raya untuk bilangan hari yang berjaya puasa!

Bagi yang suka main gadget tu, ha ajar sekali zikir guna apps. Cukup zikir atau baca juz Amma, baru dapat main game. Lagi menarik, sediakan sijil macam di atas tadi bila dah tamat bulan Ramadhan.

Timbulkan minat pada Ramadhan

4. KENAL WAKTU DAN SOLAT BERSAMA-SAMA

Kalau selama ni Iris tak pernah bangun Subuh, bulan Ramadhan ni bolehlah introduce pada dia. Kalau sebelum ni asyik tanya “what we going to solat now”, “is it night already” walaupun tengah hari rembang, semoga lepas ni dah boleh notice sendiri, waktu2 solat dan perubahan waktu sehari. 

Imsak adalah waktu yang baru untuk dikenalkan. 

Jika berkesempatan, lepas Maghrib kami akan ke masjid untuk solat Isyak dan Terawih di masjid. Suasana di masjid tu budak mana yang tak suka. Bila kita beritahu, kawan-kawan ni ramai yang berpuasa juga, mesti diorang pun teruja nak terus berpuasa. 

Namun, yang ada kekangan seperti anak masih kecil, solat berjemaah anak beranak di rumah pun boleh. Utamakan keselamatan dahulu. 

Bantu Anak dan Keluarga untuk Kekal Cergas

Sempena Ramadhan ni, supplemen yang sangat jadi favourite sekeluarga adalah 

  • Performance Drink yang kami suka minum sepanjang malam, dibancuh sejuk dan letak dalam peti ais. 
  • Lecitin pula bantu kawtin balik apa yang terlebih makan semasa berbuka dengan bantu memecahkan lemak2 degil jadi molekul yang lebih senang diangkut keluar. Lecitin ni juga sangat berguna sampai bulan Syawal 😀 .. Ops boleh tengok tip kurus semasa berpuasa kalau yang ada target begini.

Set Ramadhan Shaklee untuk anak dan keluarga
Harga Set Ramadhan adalah RM 422
Yang cepat order hari dan esok 28hb Mei, dapat hadiah percuma VITAMIN C lagi berharga RM92. Best gila !

Lagi Tip untuk ibu bapa bantu anak mudah dan berjaya berpuasa

Tip Mudah Ajar Anak Berpuasa

Jangan lupa amalkan Tip dan Cara Mudah Ajar Anak Berpuasa dan bantu mereka sihat dan cergas dengan Set Ramadhan Shaklee.

Shaklee Independent Distributor

Ida Khairani  ( 846056 )
Phone : 013 488 2382
Email : admin@mysupervitamins.com
COD Shaklee kawasan : Seksyen 7 dan Shah Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam, KLCC