10 langkah menjayakan penyusuan

Dipetik dari surat khabar ruangan kesihatan,Mingguan Malaysia

Sumber dari Kementerian Kesihatan

Saya cuma olah susunan ikut kesesuain

  1. Ibu perlu menyusukan anak dalam masa satu jam selepas bersalin.
  2. Ibu perlu ditunjukkan bagaimana untuk menyusu dan meneruskan penyusuan walaupun terpaksa berpisah dengan bayi.
  3. Jangan berikan bayi minuman atau makanan selain susu ibu, melainkan ubat preskripsi doktor jika sakit.
  4. Jalinkan kemesraan ibu dan anak 24 jam.
  5. Memberikan susu badan setiap kali bayi memerlukan. (Konsep demand and supply)
  6. Jangan beri bayi puting kerana ini mengelirukan mereka.
  7. Maklumat mengenai kebaikan penyusuan badan dan bagaimana menjayakannya perlu disampaikan kepada ibu yang mengandung.
  8. Perkukuhkan kumpulan sokongan penyusuan dan rujuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak kepada mereka sejurus keluar dari hospital.
  9. Perlu ada polisi penyusuan yg harus diamalkan oleh semua pekerja dalam bidang perubatan.
  10. Mereka yg terlibat dalam bidang berkaitan perlu dilatih sewajarnya untuk menjayakan polisi penyusuan.